W E L C O M E T O M Y W O R L D

Sunday, August 21, 2011

...Jatuhnya Hukum Tunang

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwinlah dengan kita bila2."


Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.
Contoh:

lelaki sebut dalam telefon,
"I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawak rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa tak ada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan itu tidak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tidak baligh lagi, perempuan itu tidak boleh berfikir, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

-]\[-

...Bertunang Di Sisi Syarak

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

-]\[-

...Adat Bertunang

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

-]\[-

Thursday, August 18, 2011

...Surah Al-Fatihah

just nak kongsi ckit ilmu yg aku ade dgn korang sume... mgkin korg pnh dgr bnda2 ni or mgkin korg lupe... korang sume tao yg Al-Fatihah adelah 1 rukun dlm solat, apabila cacat bacaannya maka rosak r solat... sbb tu kite kene baiki bacaannye dgn ilmu tajwid... bkn stakat bacaannya je rosak malah kita mgkin sebut nama2 SYAITAN dlm solat kita... kat bwh tu adelah nama2 syaitan laknat yang wujud dlm Al-Fatihah sekiranya kita tidak berhati-hati.

nama2 syaitan: 
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH 

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB 

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU 

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK 

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS 

SIROTHOLLAZI............. sehingga habis mestilah dibaca tanpa henti...
AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dgn btoll iaitu AA.....(2 Harkat) dan MIN.....(3Harkat)... smoga Amin kite bersamaan dgn Amin malaikat ..... insyaAllah kite boleh membaiki bacaan Al-Fatihah kite...

-]\[-

Wednesday, August 17, 2011

...Reminder


Rukun Islam ada 5 perkara:

(1) Mengucap dua kalimah syahadat

(2) Sembahyang lima waktu

(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan

(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)

(5) Menunaikan zakat

p/s: "kadang2 ade gak yg lupa bnda ni"

-]\[-

...Just For Reminder


Rukun Iman ada 6 perkara:

(1) Beriman kepada ALLAH SWT

(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat

(3) Beriman kepada Kitab-kitab

(4) Beriman kepada Rasul-rasul

(5) Beriman kepada Hari Kiamat

(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

p/s: "kot2 ade yang lupa r kan"

-]\[-

Tuesday, August 16, 2011

...9 Things That i Really Want

-a swatch (NOT YET)


-a pair of F50



-a car (NOT YET)


-a scroll of degree (NOT YET)


-a person to love


-a family (NOT YET)



-a house (NOT YET)



-a life (NOT YET)



-a paradise (INSYAALLAH)


-]\[-